topbella

Saturday 2 April 2011

~~ AYaM PeNyeT ~~


Nasi Ayam Penyet !!!!!

Waahhahahhhahah.......ari nih menu makan petang bersama cik wahyu akmal...
sebut kata ayam penyet  meleleh air liur.....
SEDAP KER????
nak tahu kena lah cuba kan.......

Menurut dari sumber sumber tertentu nasi ayam penyet merupakan satu resipi dari Indonesia...
kalau kat sana tuh sangat ngetop lahhh....
kalau kat malaysia yang ngetop nasi minyak kan...hujan panas lahhh...
Haaaaaaa
Memenag sedap lahhhhhh......


wahhh cik WaHyu tak sabar nak mkn....
bak kata nya dari pagi tadi lagi tak mkn........


Bau ayamnya cukup menaikkan selera......emmmmmm sedappppp
rugi tau tak cuba

Harga dia RM6 kalau kat malaysia bersamaan 1500 Rp

Nak cuba buat sendiri pun bolehhhhhh,,,,
sila ikut resipi dibawahhhh...

Ayam Penyet 
________________________________________________________
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
CARA-CARA

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
___________________________________________________

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
CARA-CARA

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Nasi
____________________________________________________

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
CARA-CARA

  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

SUP
____________________________________________________

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

selamat mencuba yerrrr

Friday 1 April 2011

~~~~~ Science Attack ~~~~~


Minggu lepas kami dak2 fakulti pendidikan UTM ada buat service learning kat batu pahat di sekolah STMI... Bestttt.... student2 sekolah tuh semua baik2...kakak2 pesi n abang2 pesi semua melahirkan rasa puas hatiiii.... tahniah kepada my team kerana berjaya menjalankan program ini dengan jayanya...


salah satu dari 10 kumpulan..........


nih cik2 pesi nih dok bergambo jer yerr......orang suh kemas dia dok gambo....cik aja..oooo cik aja


wahhhhh bahagia


pesi fida ngan aliiii


huuuuu...kenapa Pesi blh kalah NIHHHH...........


TRICK egg

kesimpulan nya......masa balik dapat pakck bas yang garang..huh....semua penat semua tido tak henggatttt...





About Me

My Photo
Fly With Me
kota bharu, Malaysia
Just The Way You Are
View my complete profile