topbella

Monday 21 March 2011

~~~ Tidor Tidur Tido ~~ Eshh


Alamakkk...tido?

ermm.......
Suka sgt nak kongsi sal topik nih....kenapa YER!!!!! jeng jeng jengggggg
SEBAB nyeeeee..... ada orang tuh suka sgt tidooo...saya yang nengoknya pun naik pening...bukan apa kalau saya terlebih tido kepala blh jadi pusing mcm gasing Laaaa.....


Pernah tak terfikir kenapa kita jadi letih...sedangkan kita dah cukup tido malah berlebih2 lagi..
Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. 
Tetapi..... pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. hahahha saya pun kadang2 mcm tuh..Alasanya..... untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja. 
SEBENARNYA......... tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. 
Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock.


BIOLOGICAL CLOCK??? Apa lak tuh.....!!!!!


Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. 


Hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi. Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu.


HORMON???? CORTISOL


Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan.


Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. 


Hormon ini dikeluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif. Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini npada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. 


Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu\nketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.",


tidur berlebihan nih bukan saja buat badan jadi letih dan lesu....MALAHHH.....


BOLEH MENGAKIBATKAN SEL-SEL OTAK MATIIIIII.....


Patut lah...... bila lambat bangun jer kepala jadi pusing2 mcm gasing...
  
ermmm kita akan mudah dapat penyakit nnt,,,SPT 
Diabetes, Obesitas, Sakit kepala, Penyakit jantung......


SO.... kepADA orang yang saya sayang tuh,,,, jgn la tidur berlebihan cukup lah 8jam sehari,,,,











Sunday 13 March 2011

~~ Nak kurus !!!! DIET La ~~~


ALamAkKKKK aku dah gemukkkkk!!!!!!!

HAhahH .........
Tuh lah yang saya selaluuuuuu sangat risau..macam-macam dah buat.. Pernah juga cuba tak makan nasi selama tapi hanya dapat bertahan selama sebulan lebih jer....jadi tuh memang la jadi..tapi bila ambik nasi balik badan makin naik kot....

Huh senaman???
ermmm kalau sempat buat lah....kalau tak tak buat heheheh...

Produk untuk kurus memang banyak...tapi sediakan duit yang banyak lah...makan boleh kena disiplin yang kuat...kalau tak ada disiplin tak ada guna makan ubat...

Apa yang kita perlu tahu??? MAKANAN YANG SEIMBANG....

Saya ada terbaca la tentang makanan seimbang....diet yang sihat...
Kadang-kadang corak pemakanan kita juga memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan yang sihat...

Kenapa kita perlu diet??? UNTUK CANTIK....!!!!!!

tuh salah satu la....selain daripada itu kita perlu tahu setiap makanan yang kita ambil setiap hari tidak membekalkan kesemua zat-zat yang diperlukan untuk badan kita...

Disebabkan itu lah wujudnya sistem piramid....



LANGKAH PENJAGAAN DIET

1.     Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2.     Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3.     Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4.     Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga.  Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5.     Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

Ermmm....Jom kita sama2 mengamalkan diet yang sihat....Renung-renungkan dan Selamat beramal....

~~ WhAtttt!!!!!! SLE ~~

Oh No....apa tuh SLE...
ramai dikalangan kita yang tak tahu tentang penyakit nih..Kenapa yer????
sebabnya kita susah nak tahu adakah kita nih kena penyakit nih atau tidak....

SLE adalah singkatan daripada Sistemik Lupus Erythematosus....

Ada kemungkinannya disebabkan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet ataupun dari pemakanan ubat-ubatan tertentu...

ADUHH!!!!! saya pernah melihat salah seorang sahabat saya yang menderita penyakit ini....hidupnya dengan ubat jer...tanpa ubat sistem pertahanan badan tidak akan normal.. Pernah sekali beliau tak makan ubat selama seminggu..kesan daripada itu...berbulan-bulan dia sakit..

Penyakit ini lebih kerap ditemui dikalangan wanita....kenapa???
Hormon yang ada pada wanita itu sendiri..tetapi ianya masih dalam kajian...itu daripada apa yang saya baca lah...

Macam mana kita nak tahu tanda-tanda SLE nih???
Ruam akan kelihatan di muka...tidak sakit dan tidak gatal...yang menariknya ruam ini berbentuk rama-rama..meninggalkan parut haah itu semestinya...
ulser dalam mulut....keguguran rambut...demam berpanjangan...tak boleh kena cahaya matahari...


macam ni lah ruam kat muka tuh....nih pic yang diambil melaui google...ada la rupa rerama tuh...ruam kat pipi..hidung...ermmmm

Disebabkan penyakit ini sering menyerang kaum wanita....masalah kehamilan ini wujud....
Risiko keguguran pada awal atau akhir kandungan...ini kerana penyakit ini sangat aktif semasa proses kehamilan berlaku...

Setakat ini kaedah rawatan yang tepat mengenai penyakit ini belum dikenal pasti...

Apa pun sesiapa sahaja yang mengidap penyakit ini masih boleh menajalani kehidupan yang normal seperti orang lain dimana kunci kejayaannya adalah bergantung kepada pesakit itu sendiri dimana mereka perlu memahami tentang penyakit ini..tidak lupa juga kepada doktor yang merawat...




About Me

My Photo
Fly With Me
kota bharu, Malaysia
Just The Way You Are
View my complete profile