topbella

Sunday 13 March 2011

~~ WhAtttt!!!!!! SLE ~~

Oh No....apa tuh SLE...
ramai dikalangan kita yang tak tahu tentang penyakit nih..Kenapa yer????
sebabnya kita susah nak tahu adakah kita nih kena penyakit nih atau tidak....

SLE adalah singkatan daripada Sistemik Lupus Erythematosus....

Ada kemungkinannya disebabkan faktor genetik, kuman virus, sinaran ultraviolet ataupun dari pemakanan ubat-ubatan tertentu...

ADUHH!!!!! saya pernah melihat salah seorang sahabat saya yang menderita penyakit ini....hidupnya dengan ubat jer...tanpa ubat sistem pertahanan badan tidak akan normal.. Pernah sekali beliau tak makan ubat selama seminggu..kesan daripada itu...berbulan-bulan dia sakit..

Penyakit ini lebih kerap ditemui dikalangan wanita....kenapa???
Hormon yang ada pada wanita itu sendiri..tetapi ianya masih dalam kajian...itu daripada apa yang saya baca lah...

Macam mana kita nak tahu tanda-tanda SLE nih???
Ruam akan kelihatan di muka...tidak sakit dan tidak gatal...yang menariknya ruam ini berbentuk rama-rama..meninggalkan parut haah itu semestinya...
ulser dalam mulut....keguguran rambut...demam berpanjangan...tak boleh kena cahaya matahari...


macam ni lah ruam kat muka tuh....nih pic yang diambil melaui google...ada la rupa rerama tuh...ruam kat pipi..hidung...ermmmm

Disebabkan penyakit ini sering menyerang kaum wanita....masalah kehamilan ini wujud....
Risiko keguguran pada awal atau akhir kandungan...ini kerana penyakit ini sangat aktif semasa proses kehamilan berlaku...

Setakat ini kaedah rawatan yang tepat mengenai penyakit ini belum dikenal pasti...

Apa pun sesiapa sahaja yang mengidap penyakit ini masih boleh menajalani kehidupan yang normal seperti orang lain dimana kunci kejayaannya adalah bergantung kepada pesakit itu sendiri dimana mereka perlu memahami tentang penyakit ini..tidak lupa juga kepada doktor yang merawat...




0 comments:

Post a Comment

About Me

My Photo
Fly With Me
kota bharu, Malaysia
Just The Way You Are
View my complete profile