topbella

Monday 21 March 2011

~~~ Tidor Tidur Tido ~~ Eshh


Alamakkk...tido?

ermm.......
Suka sgt nak kongsi sal topik nih....kenapa YER!!!!! jeng jeng jengggggg
SEBAB nyeeeee..... ada orang tuh suka sgt tidooo...saya yang nengoknya pun naik pening...bukan apa kalau saya terlebih tido kepala blh jadi pusing mcm gasing Laaaa.....


Pernah tak terfikir kenapa kita jadi letih...sedangkan kita dah cukup tido malah berlebih2 lagi..
Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. 
Tetapi..... pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. hahahha saya pun kadang2 mcm tuh..Alasanya..... untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja. 
SEBENARNYA......... tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. 
Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock.


BIOLOGICAL CLOCK??? Apa lak tuh.....!!!!!


Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. 


Hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi. Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu.


HORMON???? CORTISOL


Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan.


Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. 


Hormon ini dikeluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif. Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini npada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. 


Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu\nketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.",


tidur berlebihan nih bukan saja buat badan jadi letih dan lesu....MALAHHH.....


BOLEH MENGAKIBATKAN SEL-SEL OTAK MATIIIIII.....


Patut lah...... bila lambat bangun jer kepala jadi pusing2 mcm gasing...
  
ermmm kita akan mudah dapat penyakit nnt,,,SPT 
Diabetes, Obesitas, Sakit kepala, Penyakit jantung......


SO.... kepADA orang yang saya sayang tuh,,,, jgn la tidur berlebihan cukup lah 8jam sehari,,,,











0 comments:

Post a Comment

About Me

My Photo
Fly With Me
kota bharu, Malaysia
Just The Way You Are
View my complete profile